Friday, March 5, 2010

(Gambar) Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia - Bhgn. 2



Rumah Allahyarham Datuk Zakaria, bekas ahli Dewan Undang Negeri Pelabuhan Klang suatu masa dahulu.

Rumah dan villa Datuk Mukhriz Tun Mahathir, iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Rumah Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau dahulu beliau menjaga dan mengendalikan beratus-ratus anak syarikat ketika beliau menjadi CEO Kumpulan Guthrie Berhad. Sekarang ini beliau merupakan Menteri Besar Selangor.

Rumah Yang Mulia Tunku Haitham Tunku Sulong dan isterinya

Rumah Yang Mulia Tunku Putri Barirah Tunku Sulong dan suaminya


Rumah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Toh Puan Mahani Idris. Dapat tengok pagar pun jadila….kan. Rumahnya berada di atas bukit more of palace actually yang terdapat pelbagai kemudahan seperti surau dan juga mempunyai pencawang elektrik sendiri. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh semak melalui aplikasi Google Earth. Sprawling! Salah satu rumahnya ini di Melawati.


Rumah socialite, Yang Berbahagia Datin Normah Ibrahim dan suaminya Yang Mulia Tengku Dato Uzir Tenku Ubaidillah

Rumah lama Yam Tengku Arif yang merupakan Bendahara Pahang, Tengku Abdullah Sultan Abu Bakar dan Yang Mulia Dato Habibah Yusoff.

Rumah Yam Tengku Muhaini Binti Sultan Ahmad Shah dan Yang Berbahagia Mejer Affendi Buang

Rumah Yam Tunku Puteri Tunku Dato Seri Jawahir Binti Tuanku Jaafar dan YB Tengku Dato Seri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Ini pula orang nombor dua terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan.

Rumah ini pernah dicalonkan dalam pertandingan ‘Australian House of the Year’ di Sydney. Villa mewah milik billionaire dari Malaysia ini, cukup unik dengan pelan luas terbuka dan reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri dan sentuhan moden

Rumah itu mempunyai ruang tingkat terbuka yang luas, kolam renang dengan alat pemanas, dua pendiangan, taman dengan landskap yang indah dengan tumbuhan pokok asli dan pemandangan menakjubkan dari serata sudut rumah.

Rumah ladang menakjubkan Kia Ora berharga berjuta dolar milik hartawan Malaysia T. Ananda Krishnan berhampiran pekan Scone, kira-kira 330km dari Sydney. Kia Ora bermaksud “Selamat Datang” dalam bahasa Maori.

Rumah yang dikatakan milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang bernilai RM24 juta.

Rumah pengarah drama dan filem tersohor negara, Datuk Yusof Haslam dan isteri. Ingat Sembilu Kasih, ingat beliau. Ingat Gerak Khas, ingat beliau. Kalau dahulu zaman 70 an, Datuk Yusof Haslam hanyalah seorang konduktor bas mini. Tetapi sekarang hasil usaha keras yang berterusan, beliau kini sudah berjaya.


Di'edit' dari sumber : http://beritasemasa.com/gambar-rumah-mewah-vviporang-kaya-di-malaysia

No comments: